
- Syilasiyah binti Mohd Ridhwan
- IKBN Kemasik
- Hits: 45
KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI (J-KOM)
Kunjungan Hormat JABATAN KOMUNIKASI KOMUNITI (J-KOM), Kementerian Komunikasi ke IKBN KEMASIK bagi membincangkan potensi kerjasama G2G diadakan hari ini, bermula dengan Taklimat Ringkas pada jam 10.00 Pagi di Bilik Mesyuarat Utama. Pihak J-KOM yang diwakili oleh Encik Ahmad Nadhir Bin Yob (Pegawai di Parlimen Kemaman), kemudiannya mengadakan lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) IKBNK sebelum ke bengkel / jabatan kemahiran. Kerjasama Jabatan Multimedia, Kosmetologi, Hospitaliti dan Perhotelan menyantuni kunjung hormat ini dibalas baik dengan khidmat nasihat membina dari pihak J-KOM khusus dikongsi bersama pengajar juga pelajar. J-KOM juga merangka program ke arah Komuniti Berbudaya Ilmu, Berkemahiran Digital dan Berjiwa Patriotik. Insya Allah, kerjasama yang mula terjalin ini bakal memperkasa pembangunan belia dan kesejahteraan komuniti setempat.
TERIMA KASIH SEMUA WARGA IKBN KEMASIK.