LAWATAN KERJA PUAN CHAN HONG JIN, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KBS

    LAWATAN KERJA PUAN CHAN HONG JIN, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KBS

     
    Kemasik, Kemaman - Warga IKBN Kemasik berbesar hati menerima kunjungan YBrs. Puan TKSU (S), Puan Chan Hon Jing. Turut hadir sama Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran BPKB, KBS.

    Puan TKSU (S) telah dibawa ke Jabatan Perhotelan (Quince Hotel), Jabatan Hospitaliti (Ombak Restaurant / Dapur Latihan), Jabatan Kosmetologi (P.A.C SPA / Hairpins Salon) dan Jabatan Multimedia (Studio MCP). Puan TKSU (S) juga meluangkan masa dan menyampaikan amanat kepada kakitangan dan semua pelajar IKBN Kemasik.

    Mengakhiri lawatan Puan TKSU (S) juga berkesempatan berkunjung ke Youth Port MyBizHub@ILKBS, premis rakan strategik MOU IKBN Kemasik, Pedalhaus Cafe dan The Groomerz Barbershop, sambil bertemu sendiri dengan Alumni IKBN Kemasik yang kini berkhidmat tetap dengan kedua-dua industri ini. Terima Kasih YBrs. Puan TKSU (S) sudi berkunjung ke institut kami!

    TVET Pilihan Kerjaya Utama.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.