PENYERTAAN PENGAJAR DALAM PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

    PENYERTAAN PENGAJAR DALAM PERTANDINGAN CULINAIRE MALAYSIA

     
    Seramai lapan ( orang pelajar bersama empat (4) orang tenaga pengajar dari Jabatan Hospitaliti telah berpeluang mengikuti lawatan serta pameran Food & Hospitality Malaysia(FHM) 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Lawatan ini memberi pendedahan kepada trend terkini industri makanan & hospitaliti, peluang jaringan bersama pihak industri, serta menjadi rujukan penting sebagai persediaan ke Pertandingan Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026 kelak.
    Selain itu, pameran yang ada turut membuka ruang penyertaan dalam pertandingan berkaitan inovasi & kreativiti dengan memberikan pengiktirafan saguhati sebagai penghargaan dan pendedahan industri.
    Tahniah juga kepada pengajar IKBN Kemasik, Encik Mohammad Adha bin Yusuf yang telah berjaya meraih Pingat Perak dalam Pertandingan Culinaire Malaysia bagi kategori Live Cooking Class 14a – Fish/Seafood Main Course (Western Cuisine) dengan produk Longyangxia Salmon yang dihasil.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.