- Kok Kaw Keaw
- IKBN Kinarut
- Hits: 13
Bazar Ramadan Rahmah & Ihsan Food Bank di Papar Berjaya Dilaksanakan
Papar, 19 Mac 2026 (Khamis) – Program Bazar Ramadan Rahmah & Ihsan Food Bank telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Tamu Pekan Papar dengan penglibatan seramai 12 orang pelajar IKBN Kinarut melalui Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama rakan strategik KPDN Sabah.
Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Pengiran Saifuddin bin Hj Pengiran Tahir, ADUN N.29 Pantai Manis, manakala Tuan Shahril Nizam Bin Shahidin, Pengarah KPDN Negeri Sabah, turut hadir bagi memantau pelaksanaan program.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk:
Penyerahan pin e-Wallet Touch ‘n Go kepada peniaga dan pengunjung
Pengedaran merchandise sebagai penghargaan kepada peniaga
Pengumpulan lebihan makanan melalui Ihsan Food Bank.
Pengagihan makanan ke Surau Al-Kautsar, Balai Polis Papar, dan Masjid As Sobirin
Program Jualan Rahmah Bergerak (PJRM) bagi barangan keperluan harian pada harga berpatutan. Program ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran makanan, tetapi turut memupuk nilai keprihatinan, memperkasakan pengguna, dan mempromosikan IKBN Kinarut sebagai pusat pembelajaran kemahiran yang melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan berdaya saing.
Kerjasama antara IKBN Kinarut dan KPDN Sabah jelas menunjukkan komitmen bersama dalam membina komuniti yang lebih prihatin, berhemah, dan lestari.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
