IKBN KINARUT ANJUR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

    IKBN KINARUT ANJUR KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

    KINARUT, 15 Oktober 2026 – Seramai 100 orang peserta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut yang berlangsung di Surau Al Hidayah, IKBN Kinarut, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Putatan serta YADIM selaku rakan strategik program.

    Kursus ini dikendalikan oleh penceramah daripada YADIM yang memberikan pendedahan mengenai kaedah pengurusan jenazah mengikut tuntutan syariat Islam. Program ini turut memberi penekanan kepada kepentingan ilmu fardu kifayah dalam kalangan umat Islam bagi memastikan semua jenazah diuruskan mengikut kaedah serta syariat yang telah ditetapkan.

    Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Kinarut. Beliau dalam ucapannya berharap para peserta dapat mendalami pengetahuan pengurusan jenazah disamping meningkatkan kesediaan mereka untuk menyumbang khidmat dalam proses pengurusan jenazah pada masa hadapan.

    Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YADIM, JBS (P) Negeri Sabah dan semua pihak yang terlibat atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan menjadi bekalan dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah.

    Kematian itu pasti, persediaan jangan ditangguhkan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.