IKBN KINARUT PERKUKUH JALINAN KERJASAMA INDUSTRI MELALUI PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

    IKBN KINARUT PERKUKUH JALINAN KERJASAMA INDUSTRI MELALUI PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

    KINARUT, 29 OKTOBER 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut terus memperkukuh hubungan strategik bersama pihak industri menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Bilik Transformasi, IKBN Kinarut, Sabah.

    Majlis ini melibatkan penyertaan tiga buah syarikat iaitu Eramaz (M) Sdn. Bhd., Sang Suria Excel Sdn. Bhd. dan Zarirah Enterprise, yang masing-masing mempunyai penglibatan dalam bidang Teknologi Elektrik dan Teknologi Awam.

    Turut hadir ialah Pengarah IKBN Kinarut, yang memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi latihan kemahiran dengan pihak industri.

    Seramai lima orang wakil syarikat telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut, terdiri daripada:

    1. Eramaz (M) Sdn. Bhd.
    - En. Nordin bin A.H Thani
    - Pn. Nelly Dianin

    2. Sang Suria Excel Sdn. Bhd.
    - En. Mohd Nor Al Hafis

    3. Zarirah Enterprise
    - Pn. Siti Zarina binti Mangkasar
    - Rakan

    Penganjuran majlis ini merupakan salah satu usaha berterusan IKBN Kinarut dalam memperluas jaringan kerjasama strategik bersama pemain industri, khususnya bagi memastikan pelaksanaan latihan kemahiran sentiasa relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa pasaran pekerjaan.

    Kerjasama seumpama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dan graduan IKBN Kinarut untuk memperoleh pendedahan industri, meningkatkan kompetensi serta memperkukuh kebolehpasaran dalam bidang kemahiran masing-masing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.