- Dzulkifli Bujang
- IKBN Kinarut
- Hits: 38
Jabatan Awam IKBN Kinarut Raih Tempat Ketiga Peringkat Akhir Pertandingan Reka Cipta & Inovasi ILKBS Kali Ke-7 (IDEA’25)
IKBN Kuala Langat, 17 Ogos 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah, melalui Jabatan Awam, sekali lagi mengukir kejayaan apabila berjaya meraih Tempat Ketiga Kategori Emas pada Pertandingan Reka Cipta & Inovasi ILKBS Kali Ke-7 (IDEA’25) yang berlangsung di IKBN Kuala Langat.
Pasukan inovasi IKBN Kinarut mempertaruhkan projek bertajuk “Portable Smart Tapper” dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil penghargaan. Inovasi ini memberi penekanan kepada aspek teknologi awam, kelestarian alam sekitar serta teknologi hijau, dengan memperkenalkan kaedah inovatif bagi memudahkan kerja penoreh getah agar lebih cepat, efisien dan selamat.
Kejayaan ini membuktikan komitmen IKBN Kinarut dalam melahirkan tenaga muda yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah kreatif serta inovatif dalam membangunkan solusi teknologi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat dan negara.
IKBN Kinarut menyeru seluruh belia agar terus berani berinovasi, memanfaatkan ilmu serta teknologi demi membina masa depan negara yang lebih progresif, hijau dan berdaya saing di peringkat global.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul