Sumbangan Derma Kilat Untuk Pelajar IKBN Kinarut

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengadakan kutipan derma kilat bagi membantu salah seorang pelajar, Amirulnizam Aziq yang ditimpa musibah kebakaran rumah di Batu 4, Tawau baru-baru ini.
     
    Amirulnizam, penuntut semester 1, dalam bidang Jurusan Pendawaian Elektrik sesi 2/2025, merupakan antara pelajar yang terkesan dengan kejadian tersebut. Sebagai tanda prihatin dan solidariti warga IKBN Kinarut, sumbangan derma kilat telah berjaya dikumpulkan dan disampaikan terus oleh Puan Pengarah IKBN Kinarut kepada beliau.
     
    Dalam ucapan ringkasnya, Puan Pengarah menzahirkan rasa simpati dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan keperluan harian sementara waktu. IKBN Kinarut sentiasa komited untuk memupuk nilai kebersamaan dan semangat bantu-membantu dalam kalangan warga institut, selaras dengan usaha membentuk belia berakhlak mulia dan berjiwa prihatin terhadap masyarakat. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan kepada Adik Amirulnizam Aziq.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.