Papar- 30 April 2026-Sekalung tahniah diucapkan kepada 14 orang pelajar Scaffolding atas kejayaan menamatkan pengajian dengan jayanya. Pencapaian ini menjadi bukti usaha, disiplin dan komitmen sepanjang tempoh latihan.
Dalam majlis tersebut, sijil telah disampaikan oleh Pengarah, Puan Zuarini binti Jumai, sebagai simbol pengiktirafan terhadap pencapaian para pelajar.
Para pelajar kini akan melangkah ke fasa seterusnya dengan menjalani latihan industri, sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Semoga terus melakar kejayaan, mengasah kemahiran, dan mengharumkan nama institusi pada masa akan datang.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
