- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 29
Hari Cuci Malaysia 2025: IKBN Kuala Perlis Bersih, Sihat & Prihatin
Hari Cuci Malaysia 2025: IKBN Kuala Perlis Bersih, Sihat & Prihatin


Warga IKBN Kuala Perlis turut menyemarakkan Hari Cuci Malaysia 2025 melalui Program Pembersihan Mega bersempena World Clean Up Day, hasil kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Aktiviti gotong-royong ini dijalankan serentak di seluruh negara, manakala di IKBN Kuala Perlis pembersihan telah dilaksanakan di kawasan sekitar institut dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini disertai oleh pegawai IKBN, pekerja kebersihan, penghuni kuarters serta semua pelajar IKBN Kuala Perlis, yang bersama-sama berganding bahu memupuk budaya kebersihan, kesukarelawanan dan semangat kerja berpasukan. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen IKBN Kuala Perlis terhadap kelestarian alam sekitar.
Hadir sama, Pengarah IKBN Kuala Perlis, Puan Zaliha Binti Abu Bakar, bagi menyokong dan memeriahkan inisiatif ini.
Hari Cuci Malaysia
Kita Bersihkan, Kita Banggakan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul