- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 14
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐍𝐀𝐊𝐀
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐍𝐀𝐊𝐀
Hari ini, delegasi IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke IKBN Naka bagi memperkukuh pelaksanaan EKSA melalui perkongsian amalan terbaik serta idea penambahbaikan.
Lawatan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan meneliti pelbagai amalan terbaik serta inovasi yang telah dilaksanakan oleh IKBN Naka dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik dan berkualiti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga IKBN Naka atas sambutan mesra, perkongsian ilmu yang bermakna serta layanan yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga jalinan kerjasama antara kedua-dua institusi terus diperkukuh demi memperkasakan budaya EKSA di ILKBS.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
