- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 10
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 & 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐉𝐊𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 & 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐀 𝐉𝐊𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis telah mengadakan lawatan penanda aras dan penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke IKBN Kuala Perlis, hari ini.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik (best practices) dalam memperkukuh tahap kebersihan, kekemasan, dan kreativiti persekitaran kerja. Kolaborasi strategik antara kedua-dua agensi ini amat signifikan dalam memastikan budaya kerja yang kondusif dapat diterapkan secara menyeluruh, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada seluruh warga institut.
Pihak pengurusan IKBN Kuala Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi JKN Perlis atas kesudian meluangkan masa bagi sesi kunjungan dan perkongsian ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan membawa impak positif kepada kecemerlangan organisasi kedua-dua pihak.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
