- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 10
LAWATAN RASMI KSU KBS KE IKBN KUALA PERLIS TINJAU KEMAJUAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN KEMUDAHAN LATIHAN
๐ณ๐จ๐พ๐จ๐ป๐จ๐ต ๐น๐จ๐บ๐ด๐ฐ ๐ฒ๐บ๐ผ ๐ฒ๐ฉ๐บ ๐ฒ๐ฌ ๐ฐ๐ฒ๐ฉ๐ต ๐ฒ๐ผ๐จ๐ณ๐จ ๐ท๐ฌ๐น๐ณ๐ฐ๐บ ๐ป๐ฐ๐ต๐ฑ๐จ๐ผ ๐ฒ๐ฌ๐ด๐จ๐ฑ๐ผ๐จ๐ต ๐ท๐น๐ถ๐ฑ๐ฌ๐ฒ ๐ท๐ฌ๐ด๐ฉ๐จ๐ต๐ฎ๐ผ๐ต๐จ๐ต ๐ซ๐จ๐ต ๐ฒ๐ฌ๐ด๐ผ๐ซ๐จ๐ฏ๐จ๐ต ๐ณ๐จ๐ป๐ฐ๐ฏ๐จ๐ต
YBhg. Datoโ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis bagi meninjau perkembangan pelaksanaan Projek Deck Rating serta kemajuan pembangunan kemudahan latihan di institusi tersebut. Turut hadir mengiringi lawatan berkenaan ialah En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan; En. Mohd Sukri bin Ismail, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), pegawai-pegawai KBS, Kementerian Ekonomi, Unit Integriti, Bahagian Pembangunan, BPKB serta wakil Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Negeri Perlis.
Dalam sesi lawatan tersebut, YBhg. Datoโ KSU telah diberikan taklimat berkaitan status terkini Projek Deck Rating yang merupakan salah satu inisiatif strategik IKBN Kuala Perlis dalam memperkukuhkan ekosistem latihan TVET berasaskan keperluan industri, khususnya dalam sektor maritim.
Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis turut merangkumi perkembangan projek pembangunan institusi, status pelaksanaan projek-projek semasa dan akan datang, hala tuju latihan kemahiran serta perancangan penawaran kursus bagi memastikan graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan industri semasa.
YBhg. Datoโ KSU turut dibawa meninjau bengkel latihan, fasiliti pembelajaran dan prasarana sedia ada bagi memastikan kemudahan latihan yang disediakan sentiasa berada pada tahap optimum, selamat dan kondusif dalam menyokong pelaksanaan latihan kemahiran berkualiti tinggi.
Sebagai simbolik lawatan kerja, YBhg. Datoโ Rahimi Ismail bersama YBhg. Datin Musidah Binti Mohd @ Mohamad, Yang Dipertua PUSPANITA KBS, serta pegawai-pegawai yang hadir telah menyempurnakan aktiviti penanaman pokok Harumanis di kawasan IKBN Kuala Perlis. Aktiviti ini mencerminkan elemen kelestarian, kesinambungan pembangunan institusi serta hubungan erat bersama komuniti setempat.
Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KBS dalam memperkasa institusi latihan kemahiran negara melalui pembangunan prasarana, pemerkasaan program TVET dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang selari dengan kehendak industri serta aspirasi pembangunan negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
