πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 πˆπŠπ‘π€π‘ π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐈𝐊𝐁𝐍 πŠπ”π€π‹π€ ππ„π‘π‹πˆπ’

    12 Mei 2026 | Selasa

    Dewan Utama, IKBN Kuala Perlis

    Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026, telah berlangsung Majlis Tayangan Video Hari Belia dan Bacaan Ikrar Hari Belia Peringkat IKBN Kuala Perlis dengan penuh semangat patriotik serta penghayatan terhadap peranan belia dalam pembangunan negara.

    Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Siti Aklima binti Shafie, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Anuarul bin Mansor, Ketua Jabatan Teknologi Awam serta Puan Isma Baizura binti Ismail, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Perlis.

    Bacaan ikrar telah diketuai oleh Saudara Adam bin Kamaruddin dengan penuh semangat dan komitmen dalam menyampaikan ikrar belia sebagai simbolik kesatuan dan aspirasi generasi muda.

    Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 yang bertemakan *β€œMenggerak Belia”* menekankan usaha memperkasa kepimpinan serta potensi belia sebagai pemacu perubahan negara.

    Semoga sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini terus menjadi platform dalam melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berintegriti dan berwawasan.

    β€œMenggerak Belia”

    TVET Pilihan Utama Kerjaya

    ILKBS Profesional Terunggul

    Β 

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.