Naziran Zon Utara Bagi Urusan Perkhidmatan Dan Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan Di IKBN Kuala Perlis

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis telah menerima lawatan naziran daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Dahlia. Lawatan ini diketuai oleh Puan Nur Fariza binti Husaini, Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Perkhidmatan & Prestasi bersama empat orang pegawai BPSM KBS.
     
    Ketibaan pasukan naziran telah disambut oleh Puan Zaliha binti Abu Bakar, Pengarah IKBN Kuala Perlis. Turut hadir ialah Puan Siti Aklima binti Shafie, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Puan Shahrom binti Sharif, Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan serta pegawai-pegawai institut.
    Sepanjang proses semakan berlangsung, semua pegawai terlibat telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan naziran. Pihak institut turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada BPSM KBS atas pelaksanaan semakan ini yang memberi nilai tambah dalam aspek pengurusan sumber manusia di IKBN Kuala Perlis.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.