- Muhammad Fathehi Bin Mohd Fuad
- IKBN Kuala Perlis
- Hits: 94
PROGRAM KESEDARAN DADAH: BAHAYA MAGIC MUSHROOM IKBN KUALA PERLIS
Tempat : IKBN Kuala Perlis
Tarikh : 14 Oktober 2025
IKBN Kuala Perlis dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan telah menganjurkan Program Kesedaran Dadah: Bahaya Magic Mushroom, bermula jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Program ini dilaksanakan bagi menekankan kepentingan pelaksanaan pendidikan dan kesedaran yang komprehensif dalam sistem pendidikan nasional, termasuk elemen nilai agama, moral dan sokongan psikososial bagi membina ketahanan dalaman pelajar terhadap pengaruh negatif.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar IKBN Kuala Perlis bahawa pengambilan bahan terlarang ini boleh menyebabkan ketagihan, kerosakan otak, dan risiko kesihatan yang lebih luas, serta menjejaskan kehidupan sosial dan masa depan pelajar.
Jangan ambil risiko, lindungi diri dan keluarga anda!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#kbs
#tvetkbs
#profesionalterunggul
#madanibekerja
#ikbnkp
