𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐏) 𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓

    𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐏) 𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓

    𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐏) 𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓 

    📅 28 Ogos 2026 (Jumaat)
    📍 IKBN Kuala Perlis, Perlis

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis berbesar hati menerima kunjungan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, bagi meninjau perkembangan Projek Deck Rating serta kemajuan pembangunan dan pelaksanaan latihan di institut.
    Dalam kunjungan tersebut, YBrs. Tuan Haji Abdullah turut berkesempatan melawat sekitar kawasan institut bagi melihat sendiri kemudahan, persekitaran institut serta pelaksanaan latihan yang disediakan kepada pelajar.
    Kunjungan turut diserikan dengan sesi penanaman pokok Harumanis bersama warga IKBN Kuala Perlis dan wakil Agro-TVET sebagai simbolik komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta usaha memperkukuh elemen Agro-TVET di institut.
    IKBN Kuala Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan berkunjung ke institut. Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan strategik serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan TVET dan pembangunan belia negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.