IKBN NAKA SERTAI PEMBENTANGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KBS TAHUN 2026

    IKBN NAKA SERTAI PEMBENTANGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT KBS TAHUN 2026

    KUALA LUMPUR | 5–7 OKTOBER 2026
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah telah menyertai Pembentangan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2026 yang berlangsung pada 5 hingga 7 Oktober 2026, bertempat di Dewan Podium, Menara KBS.
    IKBN Naka telah mempertaruhkan projek inovasi “Revorelay 4.0” dengan penglibatan pegawai dan pelajar bagi mengetengahkan idea kreatif serta inovatif dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan memupuk budaya inovasi dalam organisasi.
    Penyertaan ini merupakan platform penting untuk warga IKBN Naka mengembangkan potensi, berkongsi idea serta memperkukuh amalan penambahbaikan berterusan melalui pendekatan inovasi dan kreativiti.
    Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak idea inovatif yang berimpak tinggi serta menyumbang kepada kecemerlangan IKBN Naka dan Kementerian Belia dan Sukan.
    Creative, Innovative, Competitive! 🚀

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.