ILKBS MEMPERKASA TVET, MEMACU KECEMERLANGAN

    ILKBS MEMPERKASA TVET, MEMACU KECEMERLANGAN

    Mesyuarat Pengarah-Pengarah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Bil. 4/2026 telah berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Menara KBS.
    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Sukri bin Ismail, Pengarah Kemahiran BPKB, ini membincangkan hala tuju strategik, penambahbaikan pengurusan serta pemantapan penyampaian latihan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja kompeten yang memenuhi keperluan industri.
    Turut diadakan sesi perbincangan bersama YBrs. Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS berkaitan pencapaian Flagship 2026 ILKBS bagi menilai pencapaian semasa, menyelaras inisiatif dan memperkukuh strategi pelaksanaan.
    Semoga usaha berterusan ini memantapkan kecemerlangan ILKBS sebagai peneraju pembangunan kemahiran belia dan sukan negara, sekali gus memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kerjaya. ✨
    💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
    🏆 ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.