Isnin 20 April 2026, IKBN Naka telah menerima kunjungan dari pihak AADK Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang iaitu Puan Roswati binti Apin bersama pasukan telah hadir. Tujuan utama adalah untuk membincangkan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Vokasional Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan. Perbincangan bersama pihak pengurusan IKBN Naka telah berjalan dengan jayanya. Cadangan program akan dijalan bersama Jabatan Teknologi Elektrik IKBN Naka. Diharapkan akan ada lawatan timbalbalik ke pihak AADK bagi melancarkan program tersebut. Sekian Laporan oleh KCHI Tn Hj Haiza
