Kursus Rekabentuk Pembungkusan Produk Makanan Perkasa Kemahiran Tenaga Pengajar IKBN

    Kursus Rekabentuk Pembungkusan Produk Makanan Perkasa Kemahiran Tenaga Pengajar IKBN

    LENGGONG, 9 Julai 2026 – Seramai 10 orang peserta daripada IKTBN Alor Gajah, IKBN Bandar Penawar, IKBN Kemasik, IKBN Peretak, IKBN Miri dan IKBN Naka telah menyertai Kursus Rekabentuk Pembungkusan Produk Makanan yang berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2026 di TVET MARA Lenggong.
    Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada topik berkaitan pengenalan dan fungsi pembungkusan makanan, jenis dan pemilihan bahan pembungkusan, keperluan pelabelan makanan, prinsip rekabentuk pembungkusan, pembungkusan lestari dan inovatif, serta menjalani latihan amali rekabentuk, pembangunan dan penilaian prototaip pembungkusan.
    Kursus ini bertujuan meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dalam menghasilkan reka bentuk pembungkusan produk makanan yang berkualiti, memenuhi keperluan industri serta mampu meningkatkan nilai komersial produk. Program diakhiri dengan pembentangan hasil prototaip dan majlis penutup.
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.