LAWATAN KERJA RASMI DATO' KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE IKBN NAKA

    LAWATAN KERJA RASMI DATO' KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE IKBN NAKA

    21 Jun 2026 | Naka, Kedah- Lawatan kerja rasmi Dato' Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka berlangsung dengan jayanya menerusi pelbagai pengisian padat yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran belia.
    Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Mohd Sukri Ismail, Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS; Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, KBS; Tuan Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KBS; Tuan Ts, Ismawi bin Ismail, Pengarah IKBN Naka; Tuan Mohd Zamani bin Zainol, Ketua Unit Integriti KBS; Encik Mohd Nurul Fakri Bin Rofiee, TPPL IKBN Naka dan Encik Mohammad Hafifi Bin Jamaludin, TPHEP IKBN Naka.
    Program dimulakan dengan persembahan silat, sesi menandatangani buku pelawat dan jamuan makan tengah hari bersama delegasi. Seterusnya, Dato’ KSU menghadiri taklimat ringkas bersama pengurusan, yang membentangkan pencapaian serta hala tuju institusi. Dalam sesi amanat bersama warga kerja, beliau menekankan kepentingan peningkatan kualiti latihan kemahiran dan komitmen tenaga pengajar dalam melahirkan belia berdaya saing.
    Sepanjang lawatan tersebut, Dato' KSU telah diberikan taklimat berhubung pencapaian semasa IKBN Naka, hala tuju institusi serta pelaksanaan program-program yang menyokong agenda transformasi TVET negara. Beliau turut berkesempatan melawat bengkel latihan, kemudahan pembelajaran, gelanggang serbaguna dan asrama serta menyantuni para pelajar bagi mendengar sendiri pandangan dan pengalaman mereka sepanjang mengikuti latihan di IKBN Naka.
    Dalam sesi interaksi bersama warga IKBN Naka, Dato' KSU menekankan kepentingan pembudayaan integriti, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta usaha berterusan dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi kehendak industri semasa. Beliau turut menyeru agar seluruh warga kerja sentiasa mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, inovatif dan berorientasikan pelanggan demi memperkukuhkan imej Kementerian Belia dan Sukan.
    Lawatan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan tertinggi KBS dengan warga IKBN Naka, malah turut memberi suntikan motivasi kepada seluruh warga institusi untuk terus memberikan komitmen terbaik dalam melaksanakan amanah serta memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
    Lawatan ini merupakan satu penghormatan kepada seluruh warga IKBN Naka serta menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkasa agenda TVET, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan melahirkan graduan yang kompeten, berintegriti serta memenuhi kehendak industri.
    Pihak IKBN Naka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato' Ketua Setiausaha KBS atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan kerja rasmi ke institusi ini. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan IKBN Naka dalam memperkasa pendidikan TVET serta melahirkan belia berkemahiran tinggi yang kompeten, berintegriti dan berdaya saing.

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.