- Siti Habsah binti Zainol
- IKBN Naka
- Hits: 29
LAWATAN VERIFIKASI MALAYSIA TVET RATING (MTR) 2026 DI IKBN NAKA
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka telah menerima Lawatan Verifikasi Malaysia TVET Rating (MTR) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Naka. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian dan pengesahan bagi memastikan standard pengurusan, penyampaian latihan, kemudahan serta kualiti program TVET di IKBN Naka sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
