Dengan penuh rasa bangga dan syukur, Pertandingan Inovasi INCICOM 2026 Peringkat IKBN Naka telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 22 & 23 April 2026 bertempat di Dewan Gemilang IKBN Naka.
Program INCICOM ini mula diperkenalkan sejak tahun 2017 sebagai platform mencungkil bakat inovasi pelajar. Walaupun pernah berehat seketika, namun pada tahun ini ia kembali dengan semangat baharu — lebih segar, lebih kreatif dan lebih berimpak!
