26 September 2026, Sabtu - Seramai 34 orang pelajar dan 6 orang pegawai telah menyertai program MANIES Club Getaway ke Pulau Songsong. Selain menikmati keindahan Pulau Songsong,para peserta juga berpeluang mencuba aktiviti 'snorkeling' dan berkayak di laut. Aktiviti ini memberi pengalaman bermakna kepada para peserta sekali gus mengeratkan hubungan antara pelajar dan pegawai.
Program ini turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar. Langkah kecil hari ini diharapkan mampu mencetuskan perubahan besar untuk masa hadapan demi menjamin kelestarian alam sekitar.
