Audit Stage 1:Educational Organizations Management System (EOMS ISO 21001:2025)

    Audit Stage 1:Educational Organizations Management System (EOMS ISO 21001:2025)

    PEKAN – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan hari ini telah selesai menjalani Audit Stage 1 bagi Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (Educational Organizations Management System - EOMS) ISO 21001:2025.

    Sesi audit tersebut dikendalikan oleh juruaudit berpengalaman daripada pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd., En. Muhammad Nazmie bin Mat Nasir.

    Audit Stage 1 ini bertujuan untuk membuat penilaian awal terhadap kesediaan dokumen, kecukupan liputan sistem, serta tahap pemahaman warga IKBN Pekan terhadap kriteria yang ditetapkan di bawah standard EOMS 21001:2025 sebelum beralih ke fasa Audit Stage 2 (Pensijilan Penuh).

    Antara fokus utama sesi penyemakan ini meliputi:
    - Penilaian struktur kualiti dan polisi pendidikan latihan kemahiran.
    - Semakan kesediaan dokumen latihan, kurikulum, serta sokongan perkhidmatan pelajar yang meliputi manual EOMS dan semua prosedur kerja.
    - Maklum balas awal juruaudit mengenai jurang dan tindakan penambahbaikan yang perlu diambil oleh pihak pengurusan institut.

    Pihak pengurusan IKBN Pekan menzahirkan komitmen penuh bagi memastikan segala penambahbaikan yang dikenal pasti dapat dilengkapkan dengan berkesan demi menjamin kualiti perkhidmatan latihan kemahiran di institut.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.