My Aero Flyte Mro Challenge

    My Aero Flyte Mro Challenge

    Tahniah dan syabas kepada wakil pelajar IKBN Pekan kerana berjaya menyertai program “My Aero FLYTE MRO Challenge” sempena Aero Carnival 2026 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology.

    Program ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan praktikal kepada para peserta berkaitan aktiviti penyelenggaraan penerbangan, kerja berpasukan teknikal, amalan keselamatan serta kemahiran penyelesaian masalah dalam persekitaran penyelenggaraan pesawat.

    Penyertaan kali ini merupakan julung kali bagi IKBN Pekan menyertai program berprestij ini dengan menghantar seorang wakil pelajar:
    👨‍🔧 Muhammad Najib Bin Ali (Semester 3)
    Turut hadir:
    👨‍🏫 Jurulatih: Mohd Razali Bin Omar
    👨‍💼 Pegawai Pengiring: Noryamin Bin Redzuan

    Antara tugasan yang telah dilaksanakan sepanjang pertandingan adalah:
    🔧 Sesi 1 (9.00 pagi – 12.00 tengah hari)
    • Sheet Metal Repair
    ⚙️ Sesi 2 (2.00 petang – 5.00 petang)
    • Engine Maintenance
    • Wire Locking

    Semoga penyertaan ini menjadi satu pengalaman berharga dan terus menyuntik semangat kecemerlangan dalam bidang aeroangkasa serta penyelenggaraan pesawat.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.