IKBN Pekan berjaya menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026, anjuran bersama oleh HEP, CHI, CPPK dan CPU dengan konsep town hall, bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan dan komunikasi antara pengurusan, pegawai, dan pelajar.
Majlis diserikan dengan ketibaan Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said, alunan selawat dari Pasukan Berzanji Jilul Quran, ucapan aluan pihak penganjur oleh TPHEP En. Mohd Safik bin Saprawi, ucapan dan amanat oleh Tuan Pengarah serta perkongsian bertajuk “Rindu Ramadan” oleh Al-Fadhil Ustaz Rahmat bin Ahmad Mashri.
Kemuncak majlis ialah simbolik penyerahan bendera Pasukan Inovasi IKBN Pekan ke CITEC 2026, sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada pasukan yang membawa nama institut. Perhimpunan diakhiri dengan segmen pantun penutup menampilkan pegawai HEP, CHI, CPKK dan CPU, melambangkan kesepaduan dan semangat kerjasama warga IKBN Pekan.
Semoga semangat kebersamaan dan kecemerlangan terus dipupuk sepanjang tahun 2026!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
