Taklimat Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal & Amalan Kitar Semula

    Taklimat Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal & Amalan Kitar Semula

    IKBN Pekan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan Kitar Semula dengan kerjasama SWCorp Negeri Pahang di bawah anjuran Jawatankuasa EKSA IKBN Pekan. Taklimat disampaikan oleh Tuan Ashraff bin Kaharudin, Ketua Seksyen Pendidikan Masyarakat, SWCorp Negeri Pahang kepada semua warga IKBN Pekan.

    Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga institut tentang kepentingan pengurusan sisa pepejal yang berkesan, di samping memberi pendedahan berkaitan kaedah pengasingan sisa serta amalan kitar semula yang betul. Taklimat ini juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar serta menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan jumlah sisa ke tapak pelupusan.

    Sepanjang program, para peserta telah diberikan penerangan yang jelas dan praktikal mengenai pengurusan sisa yang sistematik, sekaligus membantu membudayakan amalan hijau dalam kehidupan seharian di IKBN Pekan.

    Diharapkan program seperti ini dapat melahirkan warga institut yang lebih peka, berpengetahuan dan komited dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

    Bersama kita amalkan kitar semula demi masa depan yang lebih lestari.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.