2 PEGAWAI IKBN SERI ISKANDAR HADIRI SESI PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 BAGI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT).

    2 PEGAWAI IKBN SERI ISKANDAR HADIRI SESI PENILAIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 BAGI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT).

    IPOH, 3 Mac 2026 - Telah berlangsung sesi penilaian SKM tahap 3 bagi PPT Pelaksanaan Kerja Belia. Sesi penilaian ini telah dihadiri oleh 2 pegawai daripada IKBN Seri Iskandar iaitu En. Mohd Shahrin bin Zakaria serta En. Mohd Halifi bin Ab Hamid.

    Para pegawai yang menjalani proses penilaian ini hendaklah menyiapkan portfolio bagi membuktikan proses Pelaksanaan Kerja Belia itu sendiri berlaku dengan teratur dan mencapai objektif pelaksanaannya.

    Program PPT ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Akademi Pembangunan Belia Negara Port Dickson (APBMPD) bagi memastikan pegawai-pegawai di KBS terampil dan relevan dalam bidang kerja belia.

    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pegawai Penilai, En. Azlan bin Hussain atas kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang tempoh penyediaan dokumen portfolio. Ucapan terima kasih tidak terhingga juga kepada Pegawai Pengesah Luaran, En. Mohd Izwan bin Izham atas teguran dan saranan yang membina bagi memastikan pegawai-pegawai memahami tujuan pelaksanaan sesi penilaian ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #SKM
    #PelaksanaanKerjaBelia
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.