- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 8
CERAMAH AMBANG RAMADAN PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2026
SERI ISKANDAR, 13 FEBRUARI 2026 – Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadan khusus buat seluruh warga institut ini yang beragama Islam. Program ini telah diadakan pada 13 Februari 2026 bertempat di Surau Ibnu Sina, IKBN Seri Iskandar.
Ceramah Ambang Ramadan pada tahun ini membawa tajuk “Ramadan Datang! Dah Ready ke Kome??” telah disampaikan dengan jelas dan menarik oleh penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Mohd Sufian bin Haji Mohd Khalib. Majlis ilmu ini turut diserikan dengan alunan nasyid Asmaul Husna dan bacaan doa sempena Ramadan yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Suffian.
Diharapkan agar program ceramah Ambang Ramadan ini dapat memperkukuh aspek kerohanian belia TVET serta meningkatkan kesedaran tentang kemuliaan Ramadan dan peluang untuk menuai ladang pahala yang berlipat kali ganda.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#AmbangRamadan
#ikbnseriiskandar
#bhepikbnsip
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
