SERI ISKANDAR, 15 NOVEMEBER 2025 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) bersama Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Festival Sastera Dan Seni Kanak-Kanak pada 15 November 2025 bertempat di Perpustakaan Awam, Seri Iskandar Perak.
Objektif Penganjuran festival adalah untuk Menggalakkan Minat Membaca & Budaya Sastera, Membangunkan Kreativiti dan Bakat Kanak-Kanak, Mewujudkan Platform “One-Stop Center” untuk Industri Kanak-Kanak, Menyemarakkan Perpustakaan & Penggunaan Ruang Perpustakaan, Pembangunan Modal Insan & Pembelajaran Sepanjang Hayat, Menyokong Matlamat Negeri Perak (Perak Sejahtera 2030) dan Memupuk Semangat Perpaduan (Sosial & Kebudayaan).
Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi,
Belia Dan Sukan merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. IKBN Seri Iskandar turut serta memeriahkan program dengan mengadakan demonstrasi robot serta promosi kemasukan ke IKBN Seri Iskandar untuk sesi 1/2026.
Program ini bukan sahaja memupuk minat membaca dan mencintai sastera sejak usia muda, malah turut memperkaya daya imaginasi serta bakat seni kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti interaktif.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ppanpk#ikbnseriiskandar#bhepikbnsip#ilkbs #MalaysiaMADANI#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI#tvetmalaysia#PerakSejahtera2030
