- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 26
IKBNSI SERTAI KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL DAERAH PERAK TENGAH.
SERI ISKANDAR, 24 JANUARI 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah menyertai Karnival Pendidikan Digital Daerah Perak Tengah yang berlangsung pada 23 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).
Penyertaan tersebut melibatkan Pasukan Promosi IKBNSI yang terdiri daripada dua (2) orang pegawai serta tiga (3) orang pelajar daripada Jurusan Multimedia Pengarangan. Pasukan ini telah bertugas menjalankan aktiviti hebahan dan promosi berkaitan IKBNSI kepada para pengunjung sepanjang program berlangsung.
Karnival ini telah menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi pendidikan.Moh Kome orang Perak, memeriah Karnival ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#karnivalpendidikandigital
#peraktengah
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#ikbnseriiskandar
