Kuala Perlis, 1 Februari 2026 β IKBN Seri Iskandar merupakan salah satu pasukan yang turut menyertai Karnival Sukan Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT).Β Penganjuran karnival ini sedang berlangsung di IKBN Kuala Perlis dan telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn. Azura Hj. Sarbin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dan menguji semangat kesukanan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara institusi pengajian dari pelbagai latar belakang.Sukan juga berperanan penting dalam membentuk perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan semua kaum, selaras dengan nilai kebersamaan dan saling menghormati.
Semoga pasukan IKBN Seri Iskandar terus bersemangat, berdaya saing dan mencapai kejayaan yang membanggakan.
Yakin Boleh, Rakan Muda!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KarnivalSukanSRMIPT
#ikbnseriiskandar
#bhepikbnsip
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
