
HARI CUCI MALAYSIA @ IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2025
Seri Iskandar, 27 September 2025 - Menyahut saranan dan seruan selari dengan nilai teras MADANI yang berteraskan kepada kemampanan dan kesejahteraan masyarakat dalam negara yang berbilang kaum, telah ditetapkan hari Sabtu terakhir bulan September setiap tahun sebagai "Hari Cuci Malaysia" (HCM).
IKBN Seri Iskandar tidak terkecuali dalam menyahut seruan dan saranan tersebut dengan mengadakan Hari Cuci Malaysia @ IKBNSI (Mor Ler Cuci) dengan penglibatan semua kakitangan dan pelajar IKBN Seri Iskandar. Pecahan sebanyak tujuh (7) kumpulan telah dibuat dan penugasan aktiviti gotong-royong telah disusun bagi pembersihan kawasan-kawasan dalam institut termasuk fasiliti-fasiliti, kawasan luar persekitaran, kawasan sekitar perumahan komuniti setempat, mengecat bangunan serta mengumpul sisa buangan untuk dikitar semula.
Program ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan semua kakitangan dan pelajar yang terlibat diminta untuk mengimbas QR Code yang telah disediakan bagi menyasarkan pencapaian baharu dalam "The Malaysia Book of Records". Aktiviti ini dilihat dapat memupuk semangat berpasukan dan dalam masa yang sama memastikan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan kondusif demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat.
Hari Cuci Malaysia @ IKBNSI telah disempurnakan oleh YM Ts. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan yang kini menanggung kerja Pengarah IKBN Seri Iskandar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul