- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 174
MESYUARAT INDUK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK 1447H/2026M
IPOH, 27 Februari 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Induk Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Perak 1447H/2026M bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato' Khairudin bin Hj Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.Melalui mesyuarat ini, pelbagai perkara telah diputuskan melibatkan penyelarasan gerak kerja antara agensi, penyertaan belia dan lain-lain perkara.
Seramai 40 orang pelajar IKBN Seri Iskandar akan menyertai program ini yang bakal berlangsung pada 7 Mac 2026 bertempat di Masjid Batu 8, Ulu Kinta.Turut hadir ke mesyuarat ini adalah YBrs. Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#rakanmudaramadan
#rakanmasjid
#ikbnseriiskandar
#bhepikbnsip
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
