- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 192
PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR PELAJAR ELEKTRONIK INDUSTRI IKBN SERI ISKANDAR.
SERI ISKANDAR, 16 JANUARI 2026 – Cawangan Elektronik, Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) SERI ISKANDAR telah menganjurkan Pembentangan Final Year Project (FYP) bagi pelajar Semester Akhir (Semester 4) Program Elektronik Industri bagi Intake 1/2024 pada Jumaat, 16 Januari 2026.
Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah diadakan di Makmal Automasi dan Kuliah Umum, IKBN SERI ISKANDAR dan melibatkan seramai 18 orang pelajar yang dibahagikan kepada enam (6) kumpulan.Sebanyak enam projek telah dibentangkan, iaitu Smart Tissue Dispenser, Smart Classroom, Smart Store Lab, Sound Monitoring and Alert System, Extension Display Watt dan Smoke Guide Smart Campus.
Projek-projek ini menekankan aplikasi teknologi automasi, sistem pintar dan inovasi selaras dengan keperluan industri semasa.Pembentangan ini telah dinilai oleh dua orang juri jemputan, iaitu Cik Tan Pei Mei dan Encik Norrizan bin Wahit, yang turut memberikan penilaian serta maklum balas profesional bagi meningkatkan kualiti hasil projek pelajar.
Penganjuran program ini bertujuan menilai tahap penguasaan ilmu, kemahiran teknikal serta keupayaan pelajar mengaplikasikan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian, sekali gus sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan dalam sektor industri.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#jteeikbnsi
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#ikbnseriiskandar
#bhepikbnsip
