KARNIVAL TVET PERAK TENGAH 2025 @ IKBN SERI ISKANDAR

    KARNIVAL TVET PERAK TENGAH 2025 @ IKBN SERI ISKANDAR

    KARNIVAL TVET PERAK TENGAH 2025 @ IKBN SERI ISKANDAR

    Tarikh: 25 September 2025
    Tempat: Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar Perak

    Penganjuran karnival ini bertujuan untuk memperkenalkan peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia.

    Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin bin Haji Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja dan di hadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan agensi sekitar Perak Tengah dan Ipoh, Perak.

    Pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk ‘Pocket Talk’ bidang TVET, Forum Haluan Kerjaya Lepas SPM, Forum ‘Success Story’ Alumni TVET, pertandingan inovasi TVET yang disertai oleh 16 buah sekolah menengah dalam Daerah Perak Tengah, pameran interaktif oleh pelbagai agensi dan demonstrasi TVET.

    Selain itu, karnival ini turut membuka ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang menyambung pengajian dalam bidang TVET di pelbagai institusi Kemahiran.
    Langkah ini diyakini dapat membantu pelajar merancang masa depan mereka dengan lebih baik, seiring dengan keperluan industri semasa.

    Melalui penganjuran ini, diharapkan lebih ramai belia akan mendapat pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dan pendidikan dalam bidang TVET sekaligus menyokong agenda negara melahirkan tenaga kerja berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.