- Dzulkifli Bujang
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 56
Malaysia Airports Corporate Batik Design Competition – Finale Fashion Show
Tahniah diucapkan kepada *3 orang pelajar Jabatan Teknologi Fesyen & Pakaian, IKBN Tanah Merah, Kelantan* iaitu:
1. Saudari Nabila binti Japilos
2. Saudari Nur Syazwani binti Abuan
3. Saudari Nur Irdina binti Mat Zaik
Ketiga-tiga pelajar ini telah menyertai *Malaysia Airports Corporate Batik Design Competition* bermula pada *3 Julai 2025*, dengan penyertaan seramai *72 peserta* dari pelbagai institut pengajian awam dan swasta.
Ketiga-tiga pelajar IKBN Tanah Merah ini berjaya melayakkan diri ke *peringkat akhir (Top 10)* yang berlangsung seperti berikut:



Majlis ini telah dirasmikan oleh *Dato’ Mohd Izani Ghani, Managing Director of Malaysia Airports*, turut hadir sebagai *juri profesional iaitu Encik Hatta Dolmat* yang merupakan Pereka Fesyen Malaysia.
Walaupun peserta IKBN Tanah Merah tidak meraih kedudukan 3 teratas, namun pencapaian ke *Top 10* adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Ia membuktikan bahawa pelajar kemahiran IKBN juga mampu bersaing setaraf dengan peserta dari institut pengajian tinggi lain.




Atas usaha dan dedikasi yang sentiasa memberi sokongan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus yakin, kreatif, berani menyahut cabaran dan membuktikan kemahiran yang dimiliki.