RAKAN PRIHATIN @ HARI CUCI MALAYSIA 2025 PERINGKAT IKBN TANAH MERAH

    Warga IKBN Tanah Merah hari ini berganding bahu melaksanakan aktiviti gotong-royong sempena sambutan Hari Cuci Malaysia peringkat IKBN Tanah Merah. Program ini melibatkan semua lapisan warga institut termasuk kakitangan pentadbiran, tenaga pengajar serta para pelajar yang bersama-sama menjayakan usaha menceriakan kawasan kampus. Aktiviti gotong-royong dijalankan secara menyeluruh meliputi pembersihan kawasan pejabat, bengkel latihan, surau, asrama, dewan serbaguna serta persekitaran IKBN. Inisiatif ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada aspek kebersihan dan keselesaan warga IKBN, malah turut menyemai semangat kerjasama, tanggungjawab serta kepedulian terhadap persekitaran. Dengan semangat muafakat, IKBN Tanah Merah terus komited menyokong agenda kebersihan nasional demi kesejahteraan bersama. TVET Pilihan Utama Kerjaya. ILKBS Profesional Terunggul.

    #ProfesionalTerunggul
    #TvetILKBS
    #Malaysiamadani
    #RancakkanMADANI
    #MADANIbekerja
    #IKBNTANAHMERAH
    #RakanPrihatin
    #HariCuciMalaysia

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.