Lawatan Projek Menaiktaraf Bangunan Hospitaliti oleh ICU JPM Negeri Melaka

    Lawatan Projek Menaiktaraf Bangunan Hospitaliti oleh ICU JPM Negeri Melaka

    27 November 2025| Masjid Tanah – IKTBN Alor Gajah, Melaka. Satu lawatan pemantauan (Health Check) telah diadakan hari ini oleh Jabatan Pembangunan Negeri Melaka (ICU Jabatan Perdana Menteri) berkaitan Projek Menaik taraf Bangunan Jabatan Hospitaliti.

    Delegasi seramai 7 orang pegawai yang diketuai oleh Tn. Mohd Shahrul Bin Shari selaku Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Melaka. Taklimat disampaikan oleh Jurutera Daerah Alor Gajah Ir. Dzulq Khairi Bin Darus, beliau memaklumkan pelaksanaan projek menaik taraf peralatan latihan Jabatan Hospitaliti adalah mengikut jadual.

    Sesi lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah IKTBN Alor Gajah Tuan Asmori Bin Haji Sa’ahari bersama beberapa orang pegawai dari IKTBN Alor Gajah.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #iktbnalorgajah
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #MalaysiaMadaniRakyatDisantuni

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.