- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 312
Majlis Menandatangani Surat Niat (Letter Of Intent-LOI)
19 November 2025 | Segamat – Bertempat di Kolej Vokasional Segamat, satu majlis menandatangani Surat Niat (Letter of Intent – LOI) telah diadakan antara Kolej Vokasional Segamat, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka serta tujuh (7) institusi TVET lain. Majlis ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET seluruh negara demi memperkasa pembangunan modal insan yang berkemahiran tinggi.
Majlis menandatangani LOI ini menjadi simbol komitmen semua pihak untuk memperluaskan kerjasama dalam pelbagai aspek seperti penyelarasan kurikulum, pemindahan ilmu kepakaran, latihan industri, pembangunan tenaga pengajar serta peningkatan kemudahan latihan.
En. Asmori Hj. Sa’ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah, yang menyampaikan ucapan bagi mewakili institusi TVET yang terlibat, menzahirkan harapan agar kerjasama ini menjadi pemangkin utama dalam memperkukuh ekosistem TVET negara.
Beliau turut menekankan kepentingan perkongsian kepakaran antara institusi sebagai langkah mempertingkatkan kualiti latihan dan kebolehpasaran pelajar.
Turut hadir mewakili IKTBN Alor Gajah ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan TS Mohd Amiruddin bin Tajudin bersama Ketua Cawangan Hubungan Industri, Puan Mariyati binti Asri, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan hubungan strategik dengan pihak industri dan institusi latihan.
Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar serta perbincangan lanjut antara wakil institusi bagi merangka pelan tindakan susulan ke arah menjayakan aspirasi TVET negara.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
