REMBAU | 14 Mei – Kontinjen Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah melabuhkan tirai penyertaan mereka dalam Kejohanan Sukan ILKBS 2026 dengan penuh bermaruah. Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 11 Mei itu diadakan di Perkampungan Sukan IKTBN Chembong. Majlis penutupan rasmi kejohanan telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Pihak pengurusan IKTBN Alor Gajah merakamkan ucapan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengurus, jurulatih, pegawai fisioterapi, urusetia, pemandu, serta seluruh 'keluarga IKTBNAG'. Komitmen tinggi dan kerjasama erat yang ditunjukkan sepanjang penganjuran tahun ini menjadi kunci utama kekuatan pasukan.
Berpegang kepada moto "Rise with Power, Fight with Honour", IKTBN Alor Gajah kini mengalih fokus dan menyemarakkan azam untuk membina perancangan yang lebih jitu bagi menghadapi edisi seterusnya di IKBN Wakaf Tapai pada tahun 2027.
ILKBS Profesional Terunggul
#ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
