- Nur Sarina binti Khairruddin
- IKTBN Alor Gajah
- Hits: 313
Perhimpunan Bulanan dan Semakan Buku Perkhidmatan IKTBN Alor Gajah 2025
18 Nov 2025 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Semakan Buku Perkhidmatan bagi Tahun 2025. Majlis bermula jam 8.45 pagi di Electronic Convention Center (ECC) dengan dimulai dengan taklimat daripada CUEPACSCare berkaitan kemudahan yang ditawarkan kepada kakitangan awam.
Pada jam 9.30 pagi majlis perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan lagu Negaraku & Melaka Maju Jaya diikuti Ikrar Rukun Negara, dan Bacaan Doa serta dikuti tayangan video aktiviti bulan September dan Oktober 2025 . seterusnya penyampaian amanat Yang Berusaha Encik Asmori Haji Sa'ahari, Pengarah IKTBN Alor Gajah. Dalam ucapan beliau turut mengingatkan kepada semua warga agar sentiasa menjaga dan meningkatkan kualiti penyampaian tugas masing-masing dan perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak.
Turut disampaikan Anugerah Khas Pengarah dan Anugerah Pekerja Terbaik dan Hadiah Kempen Membaca. Warga IKTBN Alor Gajah bersama-sama mendoakan sahabat dan rakan sekerja En. Ahmad Iswadi Ishak, "Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadamu" selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Selepas tamat majlis, pegawai dan kakitangan telah mengunjungi kaunter Semakan Buku Perkhidmatan Tahun 2025 yang bertujuan memastikan segala maklumat rekod warga dicatat dan direkodkan dengan tepat dan terkini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
