IKTBN Alor Gajah, 5 Mei 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah bagi sesi 2/2026 menawarkan pengambilan pelajar bagi 5 program iaitu DHB 04 - Diploma Teknologi Hospitaliti (Penyajian), SHF 03 – Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Makanan), SHR 03 – Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti) SLW03-Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Pendawaian Tiga Fasa-PW) dan DLC 04 - Diploma Teknologi Elektrik( Penjaga Jentera Elektrik- A4).
Bagi kemasukan Kursus Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik – A4) telah diadakan sesi temuduga secara atas talian yang diselaraskan oleh unit Enrolmen dan Rekod IKTBN Alor Gajah. Seramai 43 orang calon yang hadir dan mengambil bahagian dalam siri temuduga ini. Panel penemuduga terdiri daripada pengajar Jabatan Elektrik serta pegawai Unit Hal Ehwal Pelajar.
Calon-calon yang berjaya akan melapor diri pada 27 Julai 2026 bagi memulakan pengajian sesi 2/2026.
#ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnalorgajah
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
