- Din Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 9
IKTBN BUKIT MERTAJAM LAKAR SEJARAH: JUARA EDISI SULUNG ILKBS SKILLS 2026 BAGI BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS
BUKIT MERTAJAM, 6 NOVEMBER 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam berjaya melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai JUARA bagi edisi sulung pertandingan ILKBS SKILLS 2026 dalam bidang Electrical Installations.
Pencapaian cemerlang tersebut disumbangkan oleh gandingan mantap wakil IKTBN Bukit Mertajam, Sdr. Muhammad Farhan bin Erwan dan Sdr. Muhammad Raziq Danish bin Ridzwan, yang berjaya merangkul PINGAT EMAS menerusi penguasaan kemahiran, ketekunan, serta iltizam tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Kejayaan berprestij ini menjadi bukti jelas keupayaan para pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam menguasai kemahiran teknikal aras tinggi, sekali gus menyerlahkan bakat dan kompetensi yang diiktiraf dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.
Pengurusan dan seluruh warga IKTBN Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi berterusan kepada warga institusi untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama IKTBN Bukit Mertajam di persada kemahiran negara.
