MAJLIS HIMPUNAN BULANAN IKTBN BUKIT MERTAJAM NOVEMBER 2026

    MAJLIS HIMPUNAN BULANAN IKTBN BUKIT MERTAJAM NOVEMBER 2026

    BUKIT MERTAJAM, 16 NOVEMBER 2026 — Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam telah menganjurkan Majlis Himpunan Bulanan bagi bulan November 2026 bertempat di Auditorium, Bangunan Solar, IKTBN Bukit Mertajam.

    Perhimpunan bulanan kali ini menampilkan pengisian Amanat Pengarah yang disampaikan oleh Pengarah baharu IKTBN Bukit Mertajam, Puan Meena a/p Ramalingam. Sesi amanat tersebut menjadi wadah strategik dalam menggariskan hala tuju, aspirasi, serta harapan kepimpinan bagi memperkukuh kecemerlangan organisasi, di samping meningkatkan komitmen serta iltizam seluruh warga kerja institut.

    Majlis turut diserikan dengan acara Penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bil. 3/2026 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan rasmi pihak pengurusan kepada para pegawai yang telah mempamerkan prestasi kerja cemerlang, dedikasi tinggi, serta komitmen jitu dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan.

    Pengurusan dan seluruh warga IKTBN Bukit Mertajam merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bil. 3/2026. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga institut. Warga kerja turut diseru untuk terus melangkah ke hadapan dengan semangat kerja berpasukan, integriti, dan budaya kecemerlangan demi memartabatkan institusi, selaras dengan slogan "IKTBN Bukit Mertajam – Melakar Kecemerlangan, Membina Masa Depan!".

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 04522528