- Jamaluddin Syamsuddin
- IKTBN Bukit Mertajam
- Hits: 68
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Advanced Energy Industries (M) Sdn. Bhd.
22 OKTOBER 2025 - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Advanced Energy Industries (M) Sdn. Bhd. telah diadakan sebagai inisiatif untuk menyokong pembangunan institusi TVET.
Menerusi program ini, syarikat telah menyumbangkan kemudahan kepada dua institusi, iaitu Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam. Sumbangan ini bertujuan untuk menambah baik kemudahan pengekalan pelajar, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta memperkukuh hubungan strategik antara pihak industri dan institusi latihan kemahiran.
Majlis penyerahan simbolik turut diadakan bagi meraikan kerjasama ini dengan kehadiran wakil daripada kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen sektor industri terhadap tanggungjawab sosial serta menyokong agenda kerajaan dalam memperkukuh sistem TVET negara. Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta menjadi pemangkin kepada hubungan berterusan antara industri dan institusi pendidikan teknikal.
