Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Peringkat IKTBN Bukit  Mertajam

    Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Peringkat IKTBN Bukit Mertajam

    25 September 2025 - Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M - Kembara Mencari Cinta 2025 telah berlangsung dengan jayanya di IKTBN Bukit Mertajam dengan penglibatan oleh semua pelajar dan kakitangan institut.
    Majlis ini dimulakan dengan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul di dalam kawasan institut dan diteruskan dengan Forum Perdana daripada pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM). Forum tersebut dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Asyraf bin Shahidan selaku moderator bersama dua orang ahli Panel iaitu Ustaz Farwah bin Ahmad Fahmi Zamalah dan Ustaz Muhammad Muaz bin Abul Kasim.
    Semoga sambutan ini meningkatkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga institut serta memupuk nilai murni dalam kehidupan seharian.
    Tahniah diucapkan kepada kontinjen bahagian Pendawaian Elektrik kerana telah memenangi Johan Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat IKTBN Bukit Mertajam 1447H/2025M.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam,
    Jalan Berapit ,14000 Bukit Mertajam ,Pulau Pinang.

    No Telefon    : 04-5225288                         
    No Faksimili    : 045225289
    FB  :  https://www.facebook.com/iktbnbukitmertajam
    IG :  https://www.instagram.com/iktbnbukitmertajam/
    Emel : ikbnbukitmertajam@kbs.gov.my