29 OKTOBER 2025 - Sekumpulan wakil daripada IKTBN Bukit Mertajam telah berpeluang menyertai Program Jelajah Kerjaya SMI Al-Ikram 2025 yang berlangsung di Tasek Gelugor.
Tujuan utama penyertaan ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai jurusan dan bidang latihan kemahiran yang ditawarkan di IKTBN Bukit Mertajam kepada para pelajar — serta memberi pendedahan tentang peluang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai laluan kerjaya masa hadapan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas jemputan dan sambutan yang amat mesra! 🌟
Semoga usaha ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus maju dan cemerlang dalam bidang pilihan masing-masing.
